Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan

Khamis, 20 Julai 2017

Resepi : Puding Caramel @ Gula Hangus

Assalamualaikum and Hellloooooooo !!! Sawadikkap !! 👋

Okey, nak dipendekkan cerita, 2nd Syawal hari tu I ada buat Puding Caramel yang sangat-sangat simpleeee.. kalau x caya silakan mencuba.. tapi kalau korang ase susah juga tu xtau la I nak cakap apa.. maybe you malas sebenarnya.. hahahahhahaha.. *gelak jahat* 😈

Tadaaaaaa !!! Ni dio hasil Puding Caramel Penuh Cinta... huhuhu ❤

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti (buang tepi roti)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

  • 7 sudu kecil gula  (untuk panaskan sahaja bukan blend)

Kaedah :
  1. Blender semua bahan-bahan di atas. *Roti masukkan paling last dalam blender
  2. Panaskan loyang dengan 7 sudu kecil gula tu guna api kecil je. *WARNING ! Jangan tinggal, hangus nanti.
  3. Lepas nampak gula keperang-perangan, masukkan bahan-bahan blender tadi ke dalam loyang.
  4. Kukus loyang selama 40 min - 1 jam. *Bergantung kepada puding kut. 
  5. Tunggu loyang sejuk. Terbalikkan loyang dalam bekas hidangan.
  6. Sebelum hidang, letak dalam peti sejuk. Kemudian hidang ! 💖


First time buat, gula I hangus beb. Sebab I tinggal kejap je... so pesanan daripada penaja jangan tinggal loyang atas api okay. Kejap je gula tu cair. Tu semua untuk satu bancuhan je. 
Masa buat pudding caramel ni aku perhati kanak-kanak dan orang dewasa pun suka makan. 

Terima kasih kepada kawan baik I, Anoris sebab bagi resepi Puding Caramel ni. 💕

Sekian sahaja coretan I pada malam ini. 📖
Penangan research membuatkan I ada masa untuk berblogging ! Hehehehe ✉